Thursday, October 12, 2017

RESEPI KETAM MASAK CILI API DAN NENAS


Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.


MASAK LEMAK KETAM CILI API NENAS

BAHAN BAHAN
Ketam Bunga (Ketam Suri)  - 3  ekor
2 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bwang Putih
3 biji Cili Merah Besar
10 biji Cili Padi. Nak pedas tambah sendiri
1 inci kunyit
Daun Kunyit - Di hiris
Nenas saiz sederhana dipotong kut kesesuaian
Santan
1 – 2 batang Serai
Asam Keping
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Kupas bawang merah, bawang putih dan kunyit serta cili merah.

Bersihkan dan potong kasar kesemua bahan tadi.

Kisar halus kesemua bahan bersama sedikit air dan ketepikan.

Ketukkan Serai. 

Kupas nenas dan potongkan kepada saiz yang anda inginkan.

Masukkan ketam yang telah dibersihkan kedalam periuk.

Masukkan kesemua bahan kisar dan serai yang diketuk serta nenas.

Masak diatas api sehingga separuh masak. 

Kemudian masukkan santan dan garam.

Masak di atas api yang perlahan sehingga semua bahan masak dan sebati. 

Siap untuk dihidangkan..

Wednesday, October 11, 2017

RESEPI TELUR DADAR TIRAM


Telur dadar tiram adalah hidangan Cina yang terkenal di Taiwan, Fujian, dan banyak tempat di Asia atas rasa savourinya. Kepelbagaian hidangan tersebut menonjol di beberapa kawasan di selatan China walaupun rasa dan rupa sebenar mungkin banyak berbeza dengan versi asal dari Taiwan. Telur dadar tiram sering dijual di pasar malam, dan telah sentiasa disenaraikan oleh ramai warga asing sebagai masakan terbaik dari Taiwan. Ia juga popular di tempat-tempat lain dengan pengaruh Chaozhou dan Fujian seperti di Guangdong, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand dan Korea Selatan.

Hidangan itu terdiri daripada telur dadar dengan isi yang terdiri terutamanya daripada tiram kecil. Kanji (biasanya kanji kentang) dicampurkan ke dalam adunan telur, menjadikan telur yang terhasil mempunyai ketekalan yang lebih tebal. Lemak babi sering digunakan untuk menggoreng telur dadar. Walau bagaimanapun minyak sayuran turut digunakan untuk kawasan makanan yang terdiri daripada pengunjung Muslim. Bergantung kepada perbezaan versi serantau, sos berperisa boleh dicurahkan kemudiannya di atas telur dadar untuk rasa tambahan.

RESEPI TELUR DADAR TIRAM


BAHAN-BAHAN   
50g Tiram
3 biji Telur
1 sudu kecil Minyak bijan
Secukupnya Minyak goreng
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Serbuk lada putih
Secukup rasa Sambal cili
1 sudu kecil Sos ikan
1 batang Daun sup
1 sudu besar Tepung jagung
2 sudu kecil Sos tiram
 1 sudu kecil Bawang putih kisar
  
PROSES PENYEDIAAN
Rebus tiram sesuka rasa (setengah masak/masak). Dadarkan telur dengan serbuk lada putih.

Goreng telur. Masukkan tiram, sos tiram, minyak bijan, sos ikan dan sambal cili.

Masukkan sedikit tepung jagung yang dicampurkan dengan air. 

Masukkan daun sup. Hancurkan telur dan goreng hingga sebati