Thursday, October 12, 2017

RESEPI KETAM MASAK CILI API DAN NENAS


Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.


MASAK LEMAK KETAM CILI API NENAS

BAHAN BAHAN
Ketam Bunga (Ketam Suri)  - 3  ekor
2 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bwang Putih
3 biji Cili Merah Besar
10 biji Cili Padi. Nak pedas tambah sendiri
1 inci kunyit
Daun Kunyit - Di hiris
Nenas saiz sederhana dipotong kut kesesuaian
Santan
1 – 2 batang Serai
Asam Keping
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Kupas bawang merah, bawang putih dan kunyit serta cili merah.

Bersihkan dan potong kasar kesemua bahan tadi.

Kisar halus kesemua bahan bersama sedikit air dan ketepikan.

Ketukkan Serai. 

Kupas nenas dan potongkan kepada saiz yang anda inginkan.

Masukkan ketam yang telah dibersihkan kedalam periuk.

Masukkan kesemua bahan kisar dan serai yang diketuk serta nenas.

Masak diatas api sehingga separuh masak. 

Kemudian masukkan santan dan garam.

Masak di atas api yang perlahan sehingga semua bahan masak dan sebati. 

Siap untuk dihidangkan..

No comments:

Post a Comment