Thursday, October 12, 2017

RESEPI SUP KETAM HALIA SERAI


Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

RESEPI SUP KETAM HALIA SERAI

BAHAN BAHAN
2 ekor ketam Bakau /ketam bunga (disiang dan belah 2)
Air secukupnya
1 batang serai diketuk
2 biji bawang Merah  – potong 4
4 Biji Bawang Putih – Potong Hiris
1 Ulas Bawang Besar – Potong 4
½ Inci Lengkuas
1 inci halia dihiris nipis
Setengah biji bawang Potong 4
Garam
Lada Merah Besar
5-6  biji cili padi diketuk .Letak lebih jika suka pedas
Sedikit daun kunyit dihiris nipis-nipis
Asam Keping

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan ketam dan serai ke dalam periuk beserta air. Panaskan periuk di atas dapur dengan api perlahan.

Masukan bawang putih, Bawang Merah dan Besar  dan lengkuas. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga halia, Lengkuas dan asam keping.

Biarkan seketika. Masukkan garam secukup rasa.

Biarkan sehingga mula menggelegak/hampir masak, barulah masukkan cili padi dan daun kunyit.

Apabila daun  kunyit sedikit layu dan nampak sup sudah masak, boleh lah tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Masukan lada Cili Merah yang dihiris sebagai Hiasan Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI MASAK LEMAK KETAM CILI API

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API 
BAHAN BAHAN
5 ekor ketam Bunga  ( Potong 2)
Santan Kelapa
Asam Keping
Garam
Serbuk Perasa
3 bji buah tomato  dipotong 2 atau 4
Daung Kunyit

BAHAN DIKISAR
4 ulas bawang merah
3 Biji Bawang Putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1  inci kunyit hidup
Cilia padi
Lada Merah Besar

PROSES PENYEDIAAN
masukkan santan dan bahan bahan yang telah kisar ke dalam periuk bersama asam keping.

masak hingga mendidih dengan api perlahan dan masukkan ketam.

masukkan juga garam dan perasa.

bila ketam dah masak, masukkan buah tomato.