Thursday, October 12, 2017

RESEPI MASAK LEMAK KETAM CILI API

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API 
BAHAN BAHAN
5 ekor ketam Bunga  ( Potong 2)
Santan Kelapa
Asam Keping
Garam
Serbuk Perasa
3 bji buah tomato  dipotong 2 atau 4
Daung Kunyit

BAHAN DIKISAR
4 ulas bawang merah
3 Biji Bawang Putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1  inci kunyit hidup
Cilia padi
Lada Merah Besar

PROSES PENYEDIAAN
masukkan santan dan bahan bahan yang telah kisar ke dalam periuk bersama asam keping.

masak hingga mendidih dengan api perlahan dan masukkan ketam.

masukkan juga garam dan perasa.

bila ketam dah masak, masukkan buah tomato.






No comments:

Post a Comment