Monday, October 30, 2017

RESEPI GULAI UDANG PETAI


Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan

Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.

Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.


BAHAN BAHAN UTAMA
400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam


CARA MASAK
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.


RESEPI SAMBAL SOTONG PETAI

Resepi mudah dan ringkas bagi penggemar sotong.Olahan dan gabungan dengan petai menjadikan menu ini wajib cuba.

BAHAN BAHAN
4 sudu besar cili kisar
4 biji bawang kecil@ 1/2 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
secubit garam
1/2 sudu besar gula
sedikit petai yang telah dibuang kulit putihnya
1/2 sudu besar gula merah
400gram sotong yang dipotong sederhana
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)
sedikit air asam jawa


CARA CARANYA
1.  Tumbuk bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu sehinga lumat, ketepikan

2 Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi, masukkan juga cili kisar dan sedikit belacan, setelah bahan tumisan agak garing masukkan petai. Kacau sebati. Masukkan juga 1/2 cawan air.

4. Setelah petai agak empuk, baru masukkan sotong, biarkan agak mendidih dan sotong masak sepenuhnya,  baru masukkan air asam jawa dan gula merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam 

5.  Akhir sekali baru masukkan hirisan bawang besar, kacau sebati,  setelah bawang besar agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA