Monday, October 30, 2017

RESEPI GULAI UDANG PETAI


Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan

Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.

Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.


BAHAN BAHAN UTAMA
400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam


CARA MASAK
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment