Monday, October 30, 2017

RESEPI IKAN MERAH KUKUS MANGGA MUDA

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan merah ( saiz sederhana)
1 kuntum bunga kantan
4 inci halia (guna halia muda lagi sedap)
3 helai daun limau purut
4 biji cili padi
1/2 biji lemon@limau kasturi yang diperah jusnya
sedikit hirisan mangga muda
sedikit garam
1 batang serai
1/2 ikat daun ketumbar ( ni taknak letak pun takpe)
1 batang lobak merah
sedikit serbuk lada hitam

CARA CARANYA
1. Ikan merah dibersihkan, kemudian diperap dengan separuh kuantiti air perahan lemon@limau dan garam, ketepikan.

2. Bunga Kantan, halia, daun limau purut, cili padi, serai dan mangga muda, dihiris halus dan nipis, kemudian satukan dengan separuh lagi air perahan lemon dan masukkan lada hitam dan sedikit garam, gaul dengan ikan merah tadi, pastikan dalam perut ikan merah itu juga diletakkan bahan-bahan tadi. balut ikan dengan alumunium foil dan letakkan di atas piring bujur yang muat dalam kukusan.

3. Sediakan pengukus, setelah air kukusan mendidih, masukan ikan bersama alas piring bujur tadi dan kukus ikan selama 30 ke 35 minit, setelah ikan betul-betul masak, angkat dan  sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba. Sedap dimakan bersama sos steamboat dan dimakan panas-panas, Selamat Mencuba.

RESEPI TOMYAM BERSANTAN

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laosdan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.

BAHAN UTAMA
200gram udang harimau
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 sudu kecil udang kering ditumbuk halus ( tak nak letak pun takpe)
2 besar cili kisar
1 batang serai
1 1/2 sudu besar jus lemon
beberapa helai daun limau purut
beberapa biji straw mushroom ( ros guna yang dlm tin) - boleh ganti dgn cendawan tiram
1/3 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 cawan santan pekat
1/4 batang celery
1/4 biji bawang besar
2 biji cili padi
garam
gula


CARA CARANYA
1. Hiris nipis batang celery, lobak merah di potong separa bulatan dan potong dua straw mushroom , ketuk bawang putih dan cincang halus kemudian panaskan minyak dan  tumis cili kisar, bawang putih, udang kering bersama lengkuas hingga garing, selepas itu masukkan serai dan 1 cawan air.

2. Apabila kuah telah mendidih masukkan santan, lobak merah, straw mushroom, batang celery, biarkan seketika, selepas itu masukkan jus lemon serta hirisan cili padi. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.

3. Masukkan pula udang, kacau selalu, akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan tomato yang dibelah 

4. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.tabur sedikit dengan hirisan daun ketumbar, baru wangi-