Sunday, April 07, 2019

TEMPOYAK IKAN BILIS & PETAI

BAHAN-BAHAN:

2 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu tempoyak (nk letak sekilo pon blh.selera masing2😂)
Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa

tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korg mls sila la pakai blender

CARA-CARA:
Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jgn ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api. siap

RESEPI KUEY TEOW LADNA


BAHAN-BAHAN:

500g kuey teow
kicap manis secukupnya
1 mangkuk udang
2 ekor sotong
1 ketul ayam bahagian dada
4 ulas bawang putih, diketuk
5 bili cili padi, diketuk
1/2 batang karot
segenggam sayur sawi
bunga kobis
1 biji tomato, potong 6
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
minyak untuk menumis
air secukupnya

BAHAN UNTUK HIASAN:
limau kasturi
bawang goreng

CARA-CARA
Rebus ayam dan hiris nipis.Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.

Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.

Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.

Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih.

Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.