BAHAN-BAHAN:
500g kuey teow
kicap manis
secukupnya
1 mangkuk udang
2 ekor sotong
1 ketul ayam bahagian
dada
4 ulas bawang putih,
diketuk
5 bili cili padi,
diketuk
1/2 batang karot
segenggam sayur sawi
bunga kobis
1 biji tomato, potong
6
1 sudu besar sos
tiram
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar tepung
jagung
minyak untuk menumis
air secukupnya
BAHAN UNTUK HIASAN:
limau kasturi
bawang goreng
CARA-CARA
Rebus ayam dan hiris
nipis.Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
Panaskan sedikit
minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau
seketika, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang
sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi.
Goreng sehingga naik bau.
Masukkan sotong,
udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan
karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.Tuang
air secukupnya dan masak sehingga mendidih.
Masukkan kiub ayam,
sos tiram dan bancuhan tepung jagung.Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang
kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang
goreng.
No comments:
Post a Comment