Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI GORENG CINA


Nasi goreng cina ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte. Nasi goreng cina adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng cina mempunyai kepelbagaian bergantung kepada masakannya. Variasi nasi goreng cina versi Melayu dan Cina dapat dilihat dalam kegunaan rencah asasnya. Selain bahan tumis lazim iaitu bawang, didapati nasi goreng cina dimasak dengan menggunakan rencah kicap cair, stok ikan, minyak bijan, halia atau lain-lain bahan yang biasa digunakan dalam masakan cina. Telur juga menjadi sebahagian daripada rencah lazim bagi nasi goreng cina.

RESEPI NASI GORENG CINA

BAHAN-BAHAN
300g nasi
2 sudu besar  minyak masak
1 bijitelur
4 ulas bawang putih, cincang halus
100  udang
100 ml  sayur campur beku
½ sudu kecil  minyak bijan
½ sudu kecil  serbuk lada putih

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.

Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.

Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.

Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.

Masukan sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.

Siap untuk dinikmati


RESEPI NASI KUNYIT


Nasi Kunyit merupakan hidangan istimewa yang diperbuat daripada pulut yang di masak dan dihidangkan dengan gulai ayam atau daging. Nasi Kunyit merupakan satu hidangan istimewa dan pada masa dahulu ia merupakan satu hidangan yang perlu ada dalam penyedian acak.Selain itu ia juga merupakan hidangan istimewa dalam adat perkahwinan, dimana ia disediakan sebagai pemegang bunga telur yang diletakkan disebelah kiri dan kanan pelamin.

RESEPI NASI KUNYIT

BAHAN BAHAN A
1 kg beras

Air perahan dari 1 inci kunyit


BAHAN BAHAN B
2 sudu kecil minyak sayuran

1 ulas bawang putting ( dicincang)

1 ulas kunyit

 2 inci kayu manis

10 biji buah pelage


BAHAN BAHAN C
3 sudu kecil garam

3 sudu kecil gula

1 liter air panas


PROSES PENYEDIAAN
Tumis hingga wangi bahan B. kemudian masukkan beras, kunyit dan tumis hingga minyak meresap dalam beras.


Didihkan air dalam periuk pengukus. Taburkan bahan-bahan C ke dalam beras sama rata. Kemudian tutup tudung dan kukus sehingga nasi masak.


Hidangkan bersama lauk pauk yang digemari.