Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI GORENG CINA


Nasi goreng cina ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte. Nasi goreng cina adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng cina mempunyai kepelbagaian bergantung kepada masakannya. Variasi nasi goreng cina versi Melayu dan Cina dapat dilihat dalam kegunaan rencah asasnya. Selain bahan tumis lazim iaitu bawang, didapati nasi goreng cina dimasak dengan menggunakan rencah kicap cair, stok ikan, minyak bijan, halia atau lain-lain bahan yang biasa digunakan dalam masakan cina. Telur juga menjadi sebahagian daripada rencah lazim bagi nasi goreng cina.

RESEPI NASI GORENG CINA

BAHAN-BAHAN
300g nasi
2 sudu besar  minyak masak
1 bijitelur
4 ulas bawang putih, cincang halus
100  udang
100 ml  sayur campur beku
½ sudu kecil  minyak bijan
½ sudu kecil  serbuk lada putih

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.

Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.

Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.

Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.

Masukan sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.

Siap untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment