Monday, March 25, 2019

ROTI ARAB

BAHAN BAHAN A
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air

BAHAN BAHAN B
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa 

PROSES PENYEDIAAN
Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.

kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.

Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.

tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.

selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.

Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.

bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.

alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.

Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.

No comments:

Post a Comment