BAHAN BAHAN
1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit
1/2 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang
Sedikit cili kisar
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung
HIASAN:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang
Daun sadri
CARA CARA:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum
digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak
sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga
kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan,
garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan
kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi.
Biarkan sehingga bawang layu.
Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur
daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment