Sunday, November 04, 2018

RESEPI IKAN HARUAN GORENG REMPAH


Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus)


RESEPI IKAN HARUAN GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit

Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.

Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.

Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.

Curahkan kuah ke atas ikan.

No comments:

Post a Comment