Sunday, November 04, 2018

RESEPI SUP IKAN HARUAN


Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus)

RESEPI SUP IKAN HARUAN
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air.

Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.Masukkan asam keping dan garam.

Masak hingga mendidih.  Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

No comments:

Post a Comment