Sunday, November 04, 2018

RESEPI IKAN HARUAN KUKUS

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus)

RESEPI IKAN HARUAN KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

PROSES PENYEDIAAN
Kukus ikan haruan selama 20 minit.

Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.

Masukkan sedikit air. Didihkan

Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.

Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


No comments:

Post a Comment