Negeri Sabah kaya dengan pelbagai suku kaum dan etnik.
Keunkan ini memberikan pelbagai jenis budaya termasuklah budaya masakan yang
berlainan setiap suku kaum. Salah satu resepi yang saya ingin kongsikan adalah
resepi dari suku kaum Irranun yang menetap di Kota Belud Sabah.
Sebut sahaja Resepi nangka masak ampap, kita suda tahu bahawa resepi ini merupakan resepi suku kaum Irranun Kota Belud, Sabah. Siapa sangka buah nangka selain masak lemak, boleh juga dimasak cara lain yang lebih unik dan sedap. Resepi ampap bukan sahaja digunakan untuk memasak ikan tapi boleh juga diguna untuk masak buah nangka menggunakan resepi yang sama.

Resepi dan menu ini selalu dihidangkan semasa majlis kenduri samaada
perkahwinan atau lain lain acara keramaian. Selalunya akan menjadi makanan
wajib ada dalam majlis suku kaum irranun. Selain ikan masin Liking, lokan juga
boleh digunakan untuk resepi ini bersama buah nangka.
Untuk menyediakan
resepi ini, berikut saya kongsikan beesama sahabat pembaca. Semoga bermanfaat
dan boleh masak sendiri
AMPAP SAYUR NANGKA
gambar dari blog https://ramaramapendek.blogspot.my
BAHAN-BAHAN
Buah nangka mentah yang dihiris sederhana nipis
Ikan masin Liking.
Santan kelapa
Daun kunyit
Kunyit hidup
Halia
Cili api
Perasa
Asam Keping
CARA MASAK
Rebus nangka bersama santan
Masukkan halia, kunyit hidup, cili api. Biar sehingga nangka separuh
masak.
Masukkan perasa dan daun kunyit. Gaul sebati
Apabila daun kunyit masak, masukkan ikan liking dan biar seketika
Masukkan santan pertama (santan pekat) dan gaul sebati dan biar hingga
mendidih.
Asingkan kuah nangka dan ketepikan.
Apabila kuah nangka kering (jangan terlalu kering), tutup api dan
hidang.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment