KELUPIS
Kelupis atau kolupis adalah makanan alah alah ketupat yang menggunakan nasi pulut dan proses pemilihan bahan hamper sama dengan penyedian lemang atau ketupat atau ketupat palas. Cuma acara masak sahaja berlainan.
Kelupis selalu dibuat untuk majlis majlis keramaian iaitu Majlis perkahwinan, majlis bercukur rambut, Hari Raya dan lain lain majlis sambutan. Kolupis biasanya dibuat oleh suku kaum Brunei, kadayan dan bisaya di daerah Papar, Beufort, Kuala Penyu, Sipitanm, Menumbok dan beberapa kawasan lain yang mempunyai komuniti etnik yang saya sebut tadi.
Bentuk Kolupis hamper sama dengan pulut panggang Cuma, kolupis selalunya tiada berinti, Cuma nasi pulut kosong dan cara masak pula adalah dikukus menggunakan periuk kukus.
KELUPIS BRUNEI SABAH
Bahan bahan
yang biasa digunakan untuk membuat kolupis adalah seperti berikut :
1. alat
pengukusan
2.
kuali/periuk
3. blender
3. Daun
pisang
4. penyemat
(lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan
kelapa
6. daun
pandan wangi
7. beras
pulut
8. garam dan
gula
Bahan-bahan:
300 gm beras
pulut - Basuh dan toskan
300 gm
santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair
Daun pandan wangi-
2 helai
garam -
secukup rasa
Daun nyirik
- secukupnya
Cara Masak
Mula-mula
masukkan santan dan daun pandan dalam kuali sampai sebati dan uli secara
perlahan lahan menggunakan api yang
perlahan.
Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering.
Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun Pisang. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak.
Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering.
Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun Pisang. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak.
Kelupis
boleh tahan sampai 2-3 hari yang penting simpan dengan elok atau letak dalam
peti sejuk. Kalau nak makan panaskan sahaja.
Sedap
dimakan dengan Rendang daging atau ayam atau makan dngan kari pun sedap. Saya
paling suka makan dengan rending lokan.
No comments:
Post a Comment