Wednesday, August 09, 2017

SAMBAL IKAN KERISI

IKAN KERISI
Ikan kerisi merupakan salah satu ikan kegemaran saya dan wajib beli. Ikan kerisi boleh dimasak pelbagai jenis resepi. Isinya sedap dan agak kenyal. Saya paling suka di bakar atau digoreng begitu sahaja.Letak siki kunyit dan terus goreng.

Ikan kerisi sebenarnya ada pelbagai jenis.  Kerisi Bali adalah sepsis ikan kerisi yang paling besar dan menghuni dasar laut dalam.

Sambal ikan kerisi cili padi merupakan salah satu resepi yang saya suka buat dan sedap. Ikan lain sebenarnya boleh guna, tetapi saya lebih suka menggunakan ikan kerisi. Penyediaan resepi ini adalah sangat mudah dan ringkas. Bahan yang digunakan pun hanya sedikit sahaja dan banyak menggunakan bahan asas masakan.

SAMBAL IKAN KERISI 
BAHAN-BAHAN
4 Beberapa  ekor ikan kerisi
7 biji cili merah dan
 cili api/padi mengikut kepedasan yang diinginkan.
 2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan mengikut citarasa.
Semangkuk air asam jawa bersama biji.
Sedikit garam mengikut rasa.
3 sudu besar gula.
Sedikit minyak masak menumis.
 Tomato


PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan kerisi dahulu sehingga masak kekuningan.

Campurkan semua bahan bumbu diatas, ditumbuk, kecuali ikan dan minyak,bahan tersebut hingga sebati.

 Panaskan sedikit minyak masak.

Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehinggan naik minyak.

Masukkan ikan kedalam kuali dan balikkan supaya bahan tumisan tersebut sebati bersama ikan.

Kemudian hidangkan kedalam pinggan yang cantik.


No comments:

Post a Comment