Tuesday, September 18, 2018

RESEPI CUCUR UDANG DAN KUAH KACANG

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.


RESEPI CUCUR UDANG DAN KUAH KACANG
 
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk cucur
500 gram tepung gandum
1 ikat daun kucai
1 sudu kecil kunyit
1 ulas bawang besar
1 sudu besar air kapur

BAHAN UNTUK KUAH
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil paste udang kering
3 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:
Cara-cara untuk cucur:
Bancuh tepung dengan air hingga sebati.

Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.

Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.

Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.

CARA-CARA UNTUK KUAH:
Cincang bahan bertanda *.

Panaskan 3 sudu besar minyak

Tumiskan bahan cincang hingga wangi.

Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.

Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih

Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.


No comments:

Post a Comment