Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai
herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku,
sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan.
Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim
dijumpai dalam Malaysia, Indonesia dan Thailand selatan. Nasi ulam di Malaysia
terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti
daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga
ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.
RESEPI NASI ULAM
BAHAN BAHAN
3-4 pot beras - masak & sejukkan (masak jadi nasi)
1 ketul ikan tenggiri masin - digoreng & ditumbuk separa
hancur
2 labu bawang merah - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis (putih saja
1½ camca lada hitam - ikut sesedap rasa
2 camca kerisik
Garam secukup rasa
ULAM-ULAMAN :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh....
CARA-CARANYA :
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar
kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga
kantan. Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir
seminggu kalau letak dalam peti ais. (tusebab daun tu kena keringkan sikit).
Tips - Kalau nak bagi sekata, campurkan dulu ulam2 tu
dengan ikan tadi, gaul sehingga rata dalam satu bekas sebelum digaul dengan
nasi.
No comments:
Post a Comment