Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan
tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya
ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk
menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).Pekasam amat popular di
negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak
terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan
Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan
perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam
buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress.
Food, 1909,
BAHAN UTAMA:
- 1kg daging | dihiris tidak terlalu nipis
- 200gm garam
- 150gm beras | disangai perang & ditumbuk
- 50gm asam keping
- 3 biji bawang merah | di mayang halus
- 10gm cili padi | dihiris
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
- Letakkan garam pada daging.
- Kemudian letakkan pula beras yang telah disangai.
- Gaul rata hirisan daging dan letakkan asam keping. Peram mengikut cita rasa.
- Setelah itu panaskan minyak dan goreng daging pekasam sehingga agak garing lalu asingkan.
- Dengan menggunakan lebihan minyak goreng tadi, tumis bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
- Akhir sekali masukkan daging pekasam tadi dan gaul sebati.
No comments:
Post a Comment