Saturday, March 23, 2019

ROTI NAN CHEESE

BAHAN ROTI NAN
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut..

CARANYA..
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti 
masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5 
minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm gambar

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti

3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit

4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan 
doh)

5. Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis. biarkan seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..

6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat pau)

7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya cheese tadi tak terkeluar

8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan

9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..

10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging..

RESEPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging dipotong kecil dibersihkan
sedikit halia
3 biji bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar saiz sederhana dicincang halus.
2 sudu kecik serbuk ketumbar (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1@2 biji tomato dipotong dadu
kacang pis
sedikit minyak utk menumis
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala

CARANYA...
1. Panaskan minyak..masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia..biar ia naik bau dan masukkan cili kisar

2. masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga) kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala

3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air..masak hingga empuk

4. Masukkan sedikit air lagi jgn terlalu cair sangat ye..sbb ia tak guna santan..masukkan tomato , kacang pis , yogurt dan perasakan dgn garam..

No comments:

Post a Comment