Tuesday, April 30, 2019

RESEPI NASI BERIANI AYAM


BAHAN-BAHAN
235 gram beras basmathi @ 1 tin kecil beras (tin susu pekat F&N yg kecil) - basuh dan rendamkan 30 minit (jangan lebih 30 minit nanti beras akan patah dan nasi lembik)

Air sama dengan sukatan beras 1 tin kecil

1/2 ekor ayam - potong besar @ kecil - saya just potong separuh sebab lebih juicy

1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar rempah Briyani
3 sudu besar plain yogurt
2 ulas bawang putih -hiris kasar
1/2 inci halia - hiris kasar
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar holand - hiris
1 biji tomato - dadukan kecil2
1 1/2 sudu besar tomato puri
Minyak zaitun/ Minyak masak
Daun ketumbar
Hirisan almond goreng - hiasan

CARA MASAK
1.   Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, rempah lahori briyani dan yogurt.  Perap paling kurang 1 jam atau sehingga 3 jam.  Lagi lama diperap ayam lebih sedap.

2.   Campurkan beras, air dan garam ke dalam periuk nasi/rice cooker.  Pastikan air tu rasa lebih masin dari biasa.  Kalau kurang garam nasi akan tawar.  Masakkan nasi sehingga separuh masak.

3.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4.  Masukkan tomato dan tomato puri. Tumiskan sehingga tomato sedikit layu.

5.   Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi.  Masakkan ayam sehingga separuh masak.

6.   Apabila ayam sudah masak.  Boleh buat lapisan nasi.  Di dalam periuk nasi yang lain buat lapisan ini.  Untuk resepi ini 4 lapisan sahaja.  Ulang lapisan sehingga nasi dan ayam habis.

Lapisan pertama letakkan nasi. 

Lapisan kedua masukkan ayam. 

Lapisan ketiga masukkan nasi.

Lapisan keempat masukkan ayam, daun ketumbar dan cili hijau.

7.   Masakkan nasi sehingga masak.  Boleh juga nak masakkan di atas dapur gas, tutupkan periuk dengan aluminium foil.

8.  Apabila nasi sudah masak, sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan gaul rata rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

9.  Taburkan daun ketumbar dan hirisan almond goreng.  Kalau ada kismis yang digoreng lagi sedap.  Boleh hidangkan dengan salad atau raita.

No comments:

Post a Comment