Tuesday, October 23, 2018

RESEPI BAKLAVA

Baklava adalah sejenis makanan ringan di kawasan Turki dan daerah-daerah tempat mantan kekuasaan Kerajaan Ottoman. Makanan ini terdiri dari kacang walnut atau pistache yang dicincang dan diberi pemanis (gula atau madu) dan dibungkus adonan roti tipis. Baklava sendiri sudah sangat lama didokumentasikan. Salah satu bukti tertua ialah resepi baklava di dalam sebuah buku resepi dari abad ke-14 yang ditemukan di Tiongkok. Dalam buku resepi ini baklava disebut güllach


RESEPI BAKLAVA
BAHAN-BAHAN
185gm fillo pastri
2 cawan kacang walnut dipanggang.
1/2 cawan kacang pistachios
1/2 cawan mentega
1 Sudu Kecil serbuk kayu manis

SOS BAKLAVA:
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan madu

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan oven 175 c. cairkan mentega, sapukan mentega pada loyang pembakar.

Potong kacang walnut dan gaulkan dengan kayu manis.

Atur 2 keping fillo pastri, sapukan mentega dan letakkan 2-3 Sudu Besar kacang walnut yang telah digaul bersama kayu manis tadi. Ulangi proses sama sehingga habis. Keseluruhan lapisan dalam 6-8 keping fillo pastri.

Potong baklava macam saiz kuih talam, dan bakar dari selama 50 minit (180 c) sehingga warna keemasan dan garing.

Sementara itu, satukan baki gula, jus lemon, madu, kulit kayu manis dan air dalam periuk kecil dan panaskan di atas dapur sehingga gula cair, tapiskan, sejukkan dan buang kulit kayu manis.

Selepas baklava masak, keluarkan dari oven dan segera tuangkan sos diatas baklava. jangan ditutup untuk mengelakkan baklava laper basah.


Sejukkan baklava, keluarkan dari loyang, taburkan pistachios di atas baklava dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment