Sunday, July 30, 2017

KETAM MASAK KARI

BAHAN BAHAN

4 ekor ketam  – seekor dikerat dua
Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/4 bahagian daripada sebiji nanas
11/2 cawan santan pekat + 3 cawan air
1 keping asam gelugor
4 – 5 biji tomato kecil (baby tomato) dibelah dua
2 biji cili hijau – dibelah di tengah tetapi tidak putus
1 batang serai - dititik
Garam dan gula perang secukup rasa

BAHAN BAHAN PES
 (disatukan di dalam blender basah dan dikisar halus):
5 sudu besar rempah kari ikan & udang
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya

BAHAN BAHAN TUMIS
1 sudu besar jintan manis
4 biji bawang merah (kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
1 inci halia – dihiris mancis
Minyak secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
1. Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1 minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.

2. Masukkan ketam, pes rempah, dan serai di dalam periuk. Tambahkan air secukupnya (anggaran) dan masak sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan nanas dan santan. Masukkan garam, gula, dan asam gelugor dan kacau rata. Biarkan kuah mendidih di atas dapur atau hingga ketam masak. Rasa dan jika ok boleh tutup api. Masukkan buah tomato dan cili hijau. Ketepikan.

4 Panaskan minyak (anggaran 1 senduk nasi) di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan naik bau. Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam periuk ketam tadi, dan tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi tumisan.

No comments:

Post a Comment