BAHAN BAHAN
4 ekor ketam sederhana besar
yang telah dibersihkan dan dibelah dua.
sedikit garam
sedikit tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
1 biji telur
satukan semua bahan dan goreng ketam
hingga masak.
2 sb tauchu
1sb lada serbuk
1st serbuk kunyit
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN BAHAN DIHIRIS
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
6 tangkai cili padi
2 helai daun limau
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahanyang telah
dihiris tadi hingga wangi. Masukkan lada serbuk dan sedikit air, tumis
lagi hingga sebati.
Masukkan serbuk kunyit, air limau dan tauchu dan kacau sehingga sebati. Campurkan garam dan gula.
Masukkan ketam dan gaul sehingga sebati. Hidang
dan makan
No comments:
Post a Comment