Kue talam
adalah salah satu jenis makanan camilan tradisional Indonesia jadi mudah
ditemukan di mana-mana di semua daerah Indonesia. Di bulan puasa, kue talam
merupakan salah satu menu buka puasa yang cukup populer. Kue talam umumnya
dibuat dengan bahan baku tepung-tepungan seperti tepung beras, tepung singkong
(tapioka), tepung terigu atau tepung sagu. Tepung-tepung ini termasuk dalam
kategori karbohidrat sederhana yang memilki nilai indeks glikemik yang tinggi.
Di resep sehat ini saya mencoba memodifikasi kue talam sehingga menjadi lebih
sehat, bernutrisi dan dapat disajikan untuk menu buka puasa.
RESEPI TALAM PISANG
Bahan Utk Lapisan
Bawah-loyang 9 atau 10 inci - saya guna acuan kecil
3 1/2 cawan santan (1
cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
1 1/4 cawan tepung
beras.
1/2 cawan tepung
gandum.
1/2 cawan gula pasir.
Secubit garam.
1 cawan pisang
lenyek.
pewarna kuning-saya
tambah
CARA-CARANYA:
Bancuhkan semua
bahan-bahan di atas kecuali pisang. Tapiskan.
Masak dengan
menggunakan api yang perlahan. Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau
rata. Masak hingga keluar wap.
Alaskan loyang dengan
plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni
agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
Kukus hingga masak
(dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya. Ketepikan.
Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air guna
sudu atau lap guna tisu dapur.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS:
3 cawan santan (1 cwn
santan pekat dan selebihnya tambah air)
3/4 cawan tepung
gandum.
1/4 cawan tepung
jagung.
1/4 cawan gula pasir.
secubit garam.
*saya letak sedikit
pewarna hijau apple
CARA-CARANYA:
Satukan semua
bahan-bahan di atas,Tapiskan.
Masak dengan
menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan
bawah tadi.Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak
(dlm 20 minit)
Apabila masak, buka
tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit agar wap di atas kuih
kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.
**Alaskan plastik
terlebih dahulu di sekeliling loyang, sapukan sedikit minyak masak dan bolehlah
kukus kuih spt biasa.(jika guna loyang besar..Saya guna acuan kecil hanya sapu sedikit
minyak masak pada acuan.)
No comments:
Post a Comment