Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti.
Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang
asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera.
Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai
roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar. Kek moden, terutamanya kek lapis,
biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak,
dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air)
dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri
buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering
ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan
buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan
butterkrim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau
halwa buah-buahan
RESEPI PANDAN OGURA CAKE
BAHAN-BAHAN
Bahan A
5 kuning telur ~ gred A atau B
1 biji telur
1/4 garam halus
2 sudu besar pati pandan ~ saya guna sedikit pewarna
hijau apple + sedikit perisa pandan
70 gm @ 70 ml minyak jagung ~ minyak sawit pun boleh
95 gm fresh milk ~ susu cair atau santan pun boleh
70 gm tepung kek ~ diayak
Bahan B
5 putih telur ~ gred A atau B
70 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cuka masakan ~ saya tambah
CARA CARA
Pukul ringan kuning telur dan sebiji telur...kemudian
masukkan minyak jagung,fresh milk dan garam halus, pukul dengan menggunakan
whisk hingga sebati.
Masukkan tepung kek dan pati pandan whisk lagi hingga
adunan sebati...kemudian saya tapiskan adunan supaya tiada tepung yang
berbintil..adunan akan jadi halus dan licin cantik...tutup dan biarkan adunan
sementara kita buat meringue putih telur.
Gunakan mixer pukul 5 putih telur dan cuka masakan
/jus lemon hingga berbuih.. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula castor
pukul lagi hingga adunan kembang gebu ( soft firm peak )
Ambil 1/3 adunan meringue putih telur dan masukkan ke
dalan adunan kuning telur tadi dan kaup balikkan dgn whisk hingga
sebati.Kemudian masukkan adunan ini ke dalam meringue putih telur dan kaup
balik hingga adunan betul2 sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang 7" persegi
ataupun 8" bulat...Hentakkan loyang sedikit untuk mengeluarkan buih udara
di dalam adunan kek.
Bakar kaedah waterbath suhu 150. 70~80 minit api atas bawah atau sehingga kek
masak sempurna ~ Oven 160 70 minit,kemudian saya keluarkan loyang waterbath dan
bakar lagi kek selama 10 minit suhu 100 bertujuan untuk mengeringkan bahagian
bawah dan tepi kek.
Setelah kek masak keluarkan dari oven dan sejukkan
diredai besi,tunggu sehingga keliling kek lekang dari loyang segera keluarkan
kek dan sejukkan baru boleh dipotong..
No comments:
Post a Comment