BAHAN BAHAN
Petai secukupnya,
pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)
Garam (1 cawan garam)
Air secukupnya
beberapa keping asam
gelugur
CARA MEMBUATNYA
Didihkan air,
celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan
isinya.
Rendamkan ke dalam
air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam
secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup
dan perap selama dua malam.
Selepas itu, masukkan
asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan
bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.
Nota :
Kuah jeruk petai
hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak.
Sekiranya kuah petai
jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi
sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.
No comments:
Post a Comment