Sunday, April 01, 2018

RESEPI JERUK MANGGA MUDA



Penjerukan ialah proses pengawetan makanan dengan direndam di dalam larutan berasid (seperti cuka) atau larutan garam yang pekat. Makanan sebegini disebut jeruk.

Penjerukan, juga dikenali sebagai rendaman air garam, merupakan proses pengawetan makanan oleh pemeraman makanan melalui organisma anaerobik dalam larutan bergaram (larutan garam boleh makan bersama air) untuk menghasilkan asid laktik, atau pengaraman dan disimpan dalam laurtan berasid, biasanya cuka (asid asetik). Makanan terhasil dikenali sebagai jeruk. Prosedur ini memberikan makanan rasa masin atau masam. Di Asia Selatan, minyak boleh dimakan biasanya digunakan sebagai medium jeruk bersama cuka.

RESEPI JERUK MANGGA MUDA

BAHAN-BAHAN
8-10 biji mangga muda
1 sudu makan kapur makan
3 sudu besar garam kasar
1-2 cawan gula pasir
2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
air secukupnya.

PROSES PENYEDIAAN
Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua....buang biji dan selaputnya.

Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit.

Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step yang ini.

Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan.
Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.

Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam

Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.

Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.

Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.

Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.

Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.

No comments:

Post a Comment