BAHAN BAHAN
Ikan air tawar - bergantung banyak mana yang anda perlukan
Garam - agak-agak, bergantung pada berapa banyak ikan
Beras goreng tanpa minyak - (di sangai & di tumbuk halus)
CARA MEMBUAT
Bersihkan ikan & toskan airnya semalaman. Ambil ikan yang telah di toskan tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.
Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara - disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari. Jaga jangan sampai ada air - ikan itu mesti di keringkan selalu airnya.Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi di basohkan & bilaskan serta di toskan supaya kering.
Salutkan ikan yang telah di toskan tadi dengan beras goreng & simpan 2 - 3 minggu, baru boleh di makan ikan itu - lagi lama di simpan, lagi le lebih elok menjadi ikan pekasamnya.
NOTA :
Pastikan jika ikan di dapati ada air di bawah bekasnya - buangkan airnya supaya ikan kering & kesin.
Pastikan juga supaya bekas ikan itu, tidak di hinggapi lalat/ langau kerana bila di hinggapi di takuti ikan akan berulat.
Ikan di simpan dalam dalam suhu bilik tidak di dalam peti ais, tapi sekiranya selepas 3 minggu bila telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh di simpankan ikan tersebut dalam peti ais.
Bila telah menjadi ikan pekasam - bolehlah ikan itu di goreng seperti yang di syorkan
No comments:
Post a Comment