Thursday, April 11, 2019

RENDANG/SERUNDING PUCUK UBI


BAHAN BAHAN

1 ikat pucuk ubi - diambil daunnya dan dipotong 3
2 biji kelapa
2 sb cili kisar
2 sb rempah kari
1/2 cawan ikan bilis
2 batang serai - dititik
garam

BAHAN TUMBUK:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" kunyit hidup

1.  Kelapa diperah untuk lebih kurang 600 ml santan.

2.  Masukkan bahan tumbuk, rempah kari, cili, serai, ikan bilis, santan dan garam dalam kuali.  Masak hingga pekat sambil dikacau-kacau.

3.  Akhir sekali  masukkan daun pucuk ubi.  Daun pucuk ubi memang kena dimasukkan semasa kuah itu hampir kering.  Masak lagi hingga kering dan ikan bilis tu nampak garing.

Jika dimasak basah-basah sikit macam rendang basah pun sedap.



No comments:

Post a Comment