Friday, November 02, 2018

RESEPI SAMBAL TERUNG IKAN BILIS

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL TERUNG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan (optional)
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis goring

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.


Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.


Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.



No comments:

Post a Comment