Thursday, October 12, 2017

RESEPI PAJERI NENAS

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

RESEPI PAJERI NENAS




BAHAN BAHAN
1/2 biji nenas
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
1 sudu besar rempah masak cap bunga ros
1 sudu besar kerisik
Santan Kelapa
 gula melaka
Garam

BAHAN BAHAN KISAR
 8 - 10 ulas bawang merah
 2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/4 inci kunyit hidup

PROSES MASAK
Hiris nenas nipis-nipis. Celur sehingga agak layu dan kemudian toskan.

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan bahan-bahan kisar.  Masukkan rempah gulai, rempah masak dan kerisik. Kacau sekata dan biarkan selama 6-7 minit.

Masukkan santan dan gula melaka. Kacau hingga mendidih.

Masukkan nanas, garam secukup rasa. Masak sehingga pekat.

Campurkan sedikit Kerisi Kelapa. Siap da

No comments:

Post a Comment