Masakan Arab
ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab yang menjangkau
dari Maghribi dan Tunisia ke Yaman dan Somalia, dan menggabungkan Levant, Mesir
dan yang lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki,
Afghanistan, Iran, India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum
Arabisasi kebudayaan dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu
penaklukan Arab Islam.
Salah satu masakan
popular Arab dari negara yaman adalah masakan Nasi Mandy. Nasi Mandy boleh
dimasak pelbagai jenis samada ayam, lembu, kambing atau lain lain daging.
RESEPI
NASI MANDY KAMBING
BAHAN A
4 cawan beras basmathi
1/2 cawan minyak
zaitun
2- 3 labu
bawang besar -potong dadu
5 ulas bawang puteh
5 tangkai bunga cengkih
1 biji buah tomato -
potong dadu
1 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2- 3 biji buah
pelaga
1 ketul arang -
dibakar hingga jadi bara(bakar ketika mula nak ON rice-cooker masak nasi))
BAHAN B
1 kilo daging kambing
1 inci halia ditumbuk
2 sudu besar rempah
Mandy
2 helai daun salam
secubit safron
1 sudu makan minyak
zaitun untuk lumur
garam secukup rasa
air mengikut sukatan
hingga daging lembut dan tinggalkan 5 cawan untuk masak nasi
PROSES PENYEDIAAN
Kesemua bahan B di
didihkan di dalam periuk hingga daging lembut. Angkat daging dan toskan.
Lumurkan daging ini dengan minyak zaitun. Manakala air rebusannya sebanyak 5
cawan disimpan untuk memasak nasi. Ketepikan.
Panaskan minyak
zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang puteh. Setelah menjadi sedikit
kemerahan, masukkan tomato sehingga naik bau.
Masukkan beras dan
goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan daging tadi.
Masak nasi sehingga
kering. Kemudian susunkan daging kambing di atas nasi dan buatkan lubang di
tengah-tengah nasi. Letakkan aluminium foil di tengah-tengah nasi. Masukkan
minyak zaitun dan arang yang telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut.
Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan tudung
periuk nasi supaya aroma asap dari arang terperangkap di dalam periuk.
ON-kan balik
rice-cooker, masak lagi sehingga 5 - 10 minit. Setelah itu angkat dan hidangkan
bersama salsa.
BAHAN-BAHAN UNTUK SALSA
2 biji buah tomato -
potong dadu
1 batang timun
dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar -
potong dadu
2 tangkai cili merah
- dimayang halus
2 tangkai cili hijau
- dimayang halus
5 tangkai cili padi -
dimayang halus
1 biji lemon diperah
ambil jusnya
Minyak Zaitun
gula
garam
daun ketumbar
PROSES PENYEDIAAN
Campurkan kesemua
bahan bahan di atas, gaul mesra kesemuanya di dalam mangkuk. Perisakan sehingga
secukup rasa dan sedia dihidangkan bersama Nasi Mandy.
No comments:
Post a Comment