Monday, February 12, 2018

KARI DAGING CINCANG


DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

KARI DAGING CINCANG


BAHAN BAHAN
400gm daging
1 peket serbuk kari babas peket kecik
bawang putih seulas
bawang merah 2 biji
halia seinci
daun kari
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
2 sudu cili blend
2 biji kentang
air asam jawa
santan kelapa
kerisik
garam dan perasa
air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang

masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang dihiris
masuk daun kari, tumis sampai garing

masukkan cili blend (tah bubuh pun tak apa) tumis sampai masak

masukkan serbuk kari yang dijadikan pes tumis sampai terbit minyak
masukkan air asam jawa dan kacau sekejap. masukkan daging cincang dan gaul sebati dengan bahan tumisan tutup periuk atau kuali dan biar daging mengeluarkan airnya (mati air)tambah air kalau daging belum cukup empuk

masukkan kentang. bila kentang sudah empuk masukkan santan dan kerisik perasakan dengan garam dan serbuk perasa

tutup api bila sudah masak

No comments:

Post a Comment