DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
KARI TULANG
BAHAN-BAHANNYA
- 800 Gram Tulang
Lembu
- 1/2 Biji Kelapa
Parut
- 3/4 Pack Rempah
Kari Daging
- 6 Biji Kentang
(Potong Dadu)
- Sedikit Daun Kari
- Rempah Empat
Sekawan
- 2 Biji Bawang Kecil
(Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih
(Dihiris)
- 2 Sudu Besar Minyak
Masak
- Garam Secukup Rasa
resepi kari daging
tulang sedap
PROSES PENYEDIAAN
1. Kelapa parut
diblend dan ditapis santannya, asingkan santan pekat dan santan cair.
2. Tulang dan isi
daging lembu dimasak dalam pressure cooker selama 30 minit.
3. Panaskan minyak
dan tumis bawang, daun kari serta rempah empat sekawan hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit
santan cair dan rempah kari daging, masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan lagi
santan cair serta kentang dan tulang yang telah dimasak tadi.
6. Masak hingga
mendidih kemudian masukkan santan pekat, kacau rata.
7. Masukkan garam
secukup rasa dan sentiasa kacau hingga mendidih.
No comments:
Post a Comment