Wednesday, February 14, 2018

KURMA DAGING


DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

KURMA DAGING


BAHAN-BAHANNYA
1/2 kilo daging
2 sudu besar Rempah Kurma
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 kuntum Bunga lawang
2 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kulit kayu manis
3-4 biji Buah pelaga
1 inci Halia
5 ulas Bawang Merah
5 ulas bawang Putih
3-4 biji Cili Merah dan hijau
2 biji Ubi Kentang
1 keping asam gelugur
garam
1 senduk kecil minyak untuk menumis


PROSES PENYEDIAAN

Potong daging dengan ukuran 1 inci.

Bawang merah ,  bawang putih , ubi kentang dan cili merah dan hijau dibelah dua.

Panas minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Masuk kan semua bahan-bahan yang sudah di belah dua.

Kemudian masuk kan rempah kurma kacau sedikit dan masuk kan  air .

Masuk kan juga daging  dan asam keping.

masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan santan.

Masak hingga daging dan ubi lembut.(api sederhana)

selepas ubi dan daging lembut masuk kan garam dan siap untuk dihidangkan..




No comments:

Post a Comment