Monday, February 12, 2018

KARI DAGING KERING


DAGING

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.


RESEPI KARI DAGING KERING


BAHAN BAHAN

1/2 kilo daging - potong nipis
10 tangkai lada kering - blend
3 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
sedikit halia - hiris nipis
4 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan air
rempah penumis - yang rm0.50

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah penumis sehingga garing
Masukkan lada blend
Kacau dan biarkan seketika. Masukkan bancuhan serbuk kari tadi Kacau dan biarkan seketika sehingga keluar minyak

Masukkan daging dan kacau, Masukkan sedikit air Kacau seketika

Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula Rasakan kemasinannya

Angkat bila kuah mula mengering

No comments:

Post a Comment