Monday, October 02, 2017

RESEPI TELUR BUMBU BALI

Telur ayam, jenis telur yang paling biasa dipergunakan sebagai makanan. Telur-telur burung merupakan sumber makanan yang biasa, khususnya telur ayam, itik, dan angsa, tetapi telur-telur yang lebih kecil seperti telur puyuh kekadang juga digunakan sebagai satu ramuan gourmet, sebagaimana dengan telur burung unta yang terbesar.


Resepi ini merupakan resepi dari negara jiran yang merupakansalah satu resepi yang boleh dicuba untuk mempelbagaikan menu makanan seharian.

RESEPI TELUR BUMBU BALI

BAHAN BAHAN
 4-5 Biji telur ayam, rebus, kupas dan goreng
1 sudu besar garam
1 sudu gula perang
1 tomato
2 sudu besar minyak masak
1 keping daun limau purut
2 sudu kecil kicap

BAHAN DIKISAR
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang Merah
5 biji chili api
2 biji buah kayu karas goreng

PROSES PENYEDIAAN
Campurkan Bahan yang telah dikisar halus . Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan bahan yang telah dikisar halus tadi, tambah daun Limau Purut. Masukkan telur rebus, tambah sos soya manis dan air, kacau sehingga dibahagikan sama rata.

Makanan siap untuk dihidang

No comments:

Post a Comment