Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri
pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk
penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI
HATI GORENG LADA
BAHAN-BAHAN
600 gm hati lembu
4 sudu besar serbuk lada putih
3 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Potong hati 2.5 cm x 2.5 cm dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan.
Gaul hati dengan jintan putih, lada putih, kunyit dan rempah. Lereng bawang
besar. Potong daun bawang sepanjang 2.5 cm.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan hati lembu bersama
ramuan. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan garam. Kacau selalu. Sebelum
diangkat tabur dengan daun bawang.
No comments:
Post a Comment