Udang ialah
sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order
Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang
berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang
(oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"),
manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata
ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam,
dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI
UDANG LIPAN MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN
1 kg udang lipan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
10 tangkai cili kering
2 - 3 sudu sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
garam
gula
asam keping
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di
sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang
putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili,
garam, gula dan asam keping.
No comments:
Post a Comment