Monday, February 05, 2018

RESEPI UDANG MASAK MERAH

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.


RESEPI UDANG MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN
600 gm udang saiz sederhana
2 sudu besar cili sos
4 sudu besar tomato sos
2 batang serai, diketuk
Sedikit gula
sedikit garam
sedikit air

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
50 gm cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ cm halia
½ cm lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan dahulu.

Panaskan minyak. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih , halia dan lengkuas sampai garing. Kemudian masukkan cili sos, tomato sos dan air.

Masak sampai mendidih. Setelah mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak pekat sedikit, tuangkan ke atas udang yang telah diatur di atas pinggan.


No comments:

Post a Comment