Udang ialah
sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order
Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang
berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang
(oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"),
manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata
ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam,
dan sebagainya. Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport..
RESEPI
UDANG KERTAS MASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN
600 gm udang kertas
10 biji cili kering
2 sudu besar minyak
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
4 labu bawang merah
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau
tumbuk cili kering dan 2 labu bawang merah.Panaskan minyak dalam kuali dan
goreng udang.
Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas & sedikit
garam.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang & kerisik.Angkat &
hidangkan.
No comments:
Post a Comment