Wednesday, April 18, 2018

RESEPI BISKUT AYAM

DUNIA MAKANAN: BISKUT AYAM


Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.

RESEPI BISKUT AYAM
BAHAN BAHAN
100 gm tepung gandum
1 kiub pati ayam
60 gm mentega
100 gm kentang berperisa ayam (potato crips), dihancurkan      
1 biji kuning telur
2 camca besar susu segar
1 camca besar susu segar (untuk disapu)
2 camca besar bijan

CARA PENYEDIAAN
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Gaul dan ramaskan pati ayam bersama mentega hingga rata. Masukkan serbuk kentang, telur dan susu. Uli menjadi doh.

Bungkus adunan dengan plastik dan simpan 30 minit di dalam peti sejuk. Kemudian canai doh dan potong segi empat 2 cm.

Susun di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Sapu sedikit susu di atas adunan dan tabur bijan. Bakar pada suhu 190'C hingga keperangan.

No comments:

Post a Comment