Wednesday, April 18, 2018

RESEPI KUIH BAHULU KAMPUNG

DUNIA MAKANAN: KUIH BAHULU RAYA: KUIH BAHULU


Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.

RESEPI KUIH BAHULU KAMPUNG

BAHAN BAHAN
10 biji telur
600 gm tepung      
300 gm gula

CARA PENYEDIAAN
Pukul telur dan gula sehingga kembang.

Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.

Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk.

Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Masak sehingga selesai. 

No comments:

Post a Comment