Tuesday, April 17, 2018

RESEPI SUP GEAR BOX

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

BAHAN BAHAN
  • Tulang Gear-Box / atau tulang bahagian lain lembu
  • halia 2 inci - diketuk
  • bawang puteh 3 ulas - diketuk
  • 2 bungkus sup bunjut
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • daun sup

PROSES PENYEDIAAN
  1. Rebus tulang sampai empuk (tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk dlm 2 jam atau ikut petua kami terdahulu)
  2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.Sementara itu buat bawang goreng, angkat.

Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.

Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.

Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.

No comments:

Post a Comment