Tuesday, April 17, 2018

RESEPI MEE SANGGUL GORENG

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.


RESEPI MEE SANGGUL GORENG

 BAHAN BAHAN
Mee sanggul (3 bungkus untuk 6 org makan)
Isi ayam atau daging dihiris nipis
Fishball or any meatball
Bawang putih 2 ulas (cincang)
Bawang besar 2 biji (hiris nipis)
Tomato 2 biji belah 6
Cili merah 2 biji (potong serong)
Cili kisar 2 sudu
Kicap manis
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Pes tomyam 1 sudu (optional)
Gula garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
Serbuk lada sulah
Air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
rendamkan mee sanggul dalam kuantiti air yang banyak sehingga lembut, toskan dan letak tepi

tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili potong sehingga kekuningan

msukkan cili kisar dan pes tomyam dan msak sehingga betul2 msak..kang sakit perut.

msukkan daging atau any lauk yg nak dimakan bersama meatball or fishball

msukkan air stgah cawan, sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram. perasakan dgn gula dan garam secukupnya

msukkan mee sanggul dan kacau sebati

msukkan tomato, sy lebih suka separuh darinya sy lecek di tepi kuali nak bg air tomato kluar. last sekali, taburkan serbuk lada sulah

sedia untuk dimakan

No comments:

Post a Comment