Tuesday, April 17, 2018

RESEPI IKAN PEKASAM GORENG

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).

Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909


RESEPI IKAN PEKASAM GORENG

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah / 2 biji cili kering - hiris nipis
2 biji limau kasturi

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali.

Goreng ikan pekasam hingga masak. Angkat dan ke tepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah dan bawang besar. Kacau sentiasa hingga bawang dan cili layu.

Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas ikan pekasam tadi. Sedia untuk dinikmati. (Apabila nak di makan, perahkan limau kasturi.. 

No comments:

Post a Comment